Ikuti Kami:

Berskala Besar & Mendebarkan, Trailer ‘Sweet Home 2’ Papar Sifat Sebenar Manusia Untuk Hidup

Berskala Besar & Mendebarkan, Trailer ‘Sweet Home 2’ Papar Sifat Sebenar Manusia Untuk Hidup

Trailer utama bagi “Sweet Home 2” dah keluar!

Pada 16 November, Netflix telah mengeluarkan trailer utama bagi drama “Sweet Home 2” yang memaparkan dunia yang lebih meluas serta kisah mendebarkan yang dibawa oleh pelbagai jenis watak.

Di mana, penduduk yang berjaya keluar dari rumah hijau terpaksa menghadapi cabaran baru serta hidup di dalam ketakutan di sebuah stadium yang dikhaskan untuk membanteras kemunculan raksasa.

sw2

Malah, musim kedua baru drama ini juga menimbulkan persoalan mengenai siapa raksasa sebenar, apa jenis raksasa yang bakal muncul serta dapat atau tidak mereka mengawal dunia.

Pelakon yang terlibat juga telah menjadikan karya itu lebih menarik untuk ditonton. Dalam masa yang sama, kisah dan hubungan pelbagai watak yang terpaksa berdepan dengan cabaran serta melayari dunia dalam ketakutan juga dapat dilihat di dalam drama ini.

Semasa ditemu bual, Song Kang yang merupakan pelakon utama bagi drama tersebut berkata,

‘Sweet Home’ merupakan karya yang menunjukkan sifat sebenar manusia yang berbeza. Malah, musim kedua bagi drama ini juga akan ada banyak kemunculan baru serta naratifnya juga lebih mendalam berbanding musim pertama.

Drama “Sweet Home 2” ini akan mula ditayangkan di Netflix pada 1 Disember 2023.

Korang dah ready ke belum nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...