Ikuti Kami:

Bersiap Sedia, 5 K-Drama Best Bakal Temui Anda April Ini

Bersiap Sedia, 5 K-Drama Best Bakal Temui Anda April Ini

Bulan April pastinya tidak membosankan dengan pelbagai seleksi drama Korea baru ini!

Taxi Driver

SBS | 9 April 

sbs taxi driver

Ia merupakan sebuah kisah mengenai perkhidmatan teksi unik di mana pemandunya membalas dendam bagi pihak penumpangnya. Lee Je-hoon akan membawa watak Kim Do-ki, seorang yang misteri tetapi mempunyai keyakinan yang tinggi dan kuat. Dia merupakan graduan daripada Akademi Tentera Laut dan merupakan pegawai Pasukan Peruntuh Bawah Air namun kehidupannya berubah selepas ibunya dibunuh pembunuh bersiri.

Sell Your Haunted House

KBS | 14 April 

kbs sell your haunted house

Membawa kisah ejen hartanah yang menghalau hantu dan roh jahat daripada hartanah yang mempunyai sejarah kes kematian.

Jang Na-ra akan berlakon sebagai Hong Ji-ah, bos besar di ‘Daebak Real Estate’ dan juga merupakan penghalau hantu. Dengan kecantikan dan kebijaksanaan dimilikinya, dia kelihatan sempurna di luar namun merupakan seorang yang panas baran dan mewarisi kebolehan menghalau hantu daripada ibunya.

Jung Yong-hwa pula akan melakonkan watak sebagai Oh In-bum, seorang penipu yang berlakon sebagai penghalau hantu dan mengambil kesempatan dan membuat duit daripada sesiapa yang mempercayai perkara mengarut itu. Dia merupakan watak yang cepat berfikir dengan kemahiran memerhati dan logikal yang tinggi, menjadikan dia seorang penipu yang ‘perfect’.

Law School

JTBC | 14 April

jtbc law school

Drama ini membawa penonton menyelongkar kebenaran disebalik kes pembunuhan seorang profesor di fakulti perundangan. Disebabkan oleh tragedi itu, tenaga pengajar dan pelajar di fakulti itu telah menjadi suspek utama sebagai dalang pembunuhan tersebut. Naskhah ini akan menonjolkan setiap watak cuba menggunakan undang-undang dan keadilan dalam mencari pembunuh sebenar.

Undercover

JTBC | 23 April

jtbc undercover

“Undercover” membawa kisah mengenai Han Jung-hyun (Ji Jin-hee) yang sudah sekian lama menyorokkan identiti sebenarnya dan Choi Yeon-soo (Kim Hyun-joo) iaitu seorang peguam hak manusia yang menjadi ketua pertama bagi Kakitangan Awam Senior di Unit Siasatan Penyelewengan.

Drama ini merungkai realiti kuasa dan membongkarkan talam dua muka manusia selain turut membincangkan apa yang betul dan apa yang salah. Pertarungan sengit berlaku di antara setiap watak bagi melindungi orang yang mereka cintai selain menegakkan keadilan yang cuba dirobohkan oleh kuasa yang mementingkan keuntungan sahaja.

Dark Hole

OCN | 24 April

ocn dark hole

Drama ini menceritakan kisah ‘kelangsungan hidup mutan’ di mana sekumpulan yang terselamat mula berubah menjadi mutan apabila terhidu asap misteri daripada tanah jerlus.

Bersiap-sedia untuk susun semula jadual K-Drama anda untuk bulan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...