Ikuti Kami:

Bersedia Nak ‘Melekat’ Dengan NCT 127? Spotify Lancar Welcome to NCT 127 Sticker, the Enhanced Playlist

Bersedia Nak ‘Melekat’ Dengan NCT 127? Spotify Lancar Welcome to NCT 127 Sticker, the Enhanced Playlist

Annyeong NCTzen!

Dah ready nak streaming untuk comeback NCT? Bagi meraikan album studio ketiga NCT 127 yang dinanti ramai, Spotify telah melancarkan Welcome to NCT 127 Sticker, the Enhanced Playlist.

NCT 127-Enhanced PlaylistIni merupakan permulaan untuk Spotify Enhanced Album yang akan dilancarkan bersama dengan album studio pada hari Jumaat, 17 September 2021 nanti.

Spotify-exclusive Enhanced Playlist tersedia untuk semua pengguna (Percuma & Premium) akan menampilkan pilihan lagu daripada ahli NCT 127 iaitu Taeil, Johnny, Taeyong, Doyoung, Yuta, Jaehyun, Jungwoo, Mark dan Haechan.

Setiap lagu yang dipilih mempunyai maksud yang tersendiri buat mereka, yang pasti akan membuatkan NCTzen terus ‘melekat’.

Enhanced Playlist ini kemudian akan berubah kepada Enhanced Album dengan 11 lagu baru yang membawakan genre hip-hop dan R&B daripada NCT 127.

Bukan itu sahaja, paling istimewa, NCTzen juga akan dimanjakan dengan content eksklusif daripada NCT 127 termasuklah POV teman lelaki maya. (Hmm.. Melting!)

Kata Kossy Ng, Ketua Muzik, Asia di Spotify

Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan NCT 127 untuk pelancaran album mereka yang sangat dinantikan dan mendekatkan PEMINAT kepada NCT, bias mereka dan juga memperkenalkan NCT pendengar baru.

Jadi NCTzen, sementara tunggu comebacak ‘oppa’ atau ‘dongsaeng’ korang. Jangan lupa support Welcome to NCT 127 Sticker, the Enhanced Playlist di Spotify.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...