Menurut laporan eksklusif , BLACKPINK dilaporkan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti berkumpulan penuh pada tahun 2024.
Ini kerana para ahli akan memberi tumpuan kepada aktiviti individu mereka. Lisa, Jennie, dan Rosé akan mempromosikan album solo mereka manakala Jisoo akan fokus pada penggambaran untuk drama K-Drama dan filemnya yang diterajuinya.
Rosé baru-baru ini menandatangani kontrak pengurusan dengan THE BLACK LABEL, menjadikan semua ahli BLACKPINK telah menandatangani kontrak dengan agensi untuk aktiviti individu mereka. Lisa akan mengeluarkan single barunya, “ROCKSTAR,” pada 28 Jun.
Walau bagaimanapun, media turut melaporkan bahawa BLACKPINK dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk satu acara istimewa bagi menyambut ulang tahun ke-8 mereka pada 8 Ogos ini, tetapi butiran masih belum diketahui.
Sama-sama kita nantikan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.