Ikuti Kami:

“Bersama Selamanya” – Peminat Terharu Lihat Girls’ Generation Sambut Ulang Tahun Ke-13 Bersama

“Bersama Selamanya” – Peminat Terharu Lihat Girls’ Generation Sambut Ulang Tahun Ke-13 Bersama

Meskipun masing-masing sudah sibuk dengan jadual seni masing-masing, ahli Girls’ Generation tidak lupa untuk berkumpul dan menyambut hari bermakna buat mereka bersama. Bukan sahaja menyambut hari kelahiran Tiffany bahkan mereka mengambil kesempatan untuk turut menyambut ulang tahun ke-13 Girls’ Generation. Yes!

Dengan bertemakan pakaian hitam dengan sedikit sentuhan merah, kesemua 8 ahli kumpulan wanita legenda itu telah memuat naik gambar mereka bersama selain memberikan ucapan penghargaan atas usia Girls’ Generation yang sudah bertahan sehingga 13 tahun lamanya.

Tiffany

 

View this post on Instagram

 

1️⃣3️⃣ summers ago i remember blowing out the candles & thanking god for bringing each & every one of you into my life. no matter how far apart or how long it’s been, it always feels like we’re picking up right where we left off. i am SO grateful for our journey together & especially our sisterhood. blessed to have such incredible women & 소원 to grow stronger & wiser TOGETHER each year. thank you from the bottom of my heart for the unconditional faith & love you show. 항상 더 기대하고 꿈꾸게 해줘서 고마워. 지금도, 앞으로도, 영원히 사랑해 소녀시대 그리고 소원… 13주년 진심으로 축하해 사랑해 💗 . . #GG4EVA #SONEDAY #13YEARSWITHINTW #13YEARSWITHSONE #13YearsWithGirlsGeneration #GirlsGeneration13thAnniversary #13SummersWithGG #13년째_지금은_소녀시대

A post shared by Tiffany Young (@tiffanyyoungofficial) on

13 tahun lepas semasa musim panas, saya teringat meniup lilin dan berterima kasih kepada Tuhan kerana membawa setiap seorang daripada mereka ke dalam hidup saya. Walaupun sejauh mana kita terpisah dan berapa lama, saya sentiasa berasa bahawa kita sentiasa bermula daripada apa yang kita tinggalkan. Saya sangat bersyukur dengan penggembaraan kita bersama dan terutama sekali hubungan seperti adik-beradik antara kita. Beruntungnya kerana wanita yang hebat seperti mereka ini berada di samping saya dan juga SONE (peminat Girls’ Generation) membuatkan saya menjadi lebih kuat setiap tahun. Terima kasih tak terhingga daripada lubuk hati yang paling dalam di atas kasih sayang dan kesetiaan yang diberikan oleh anda.

Tae-yeon

Ia adalah ulang tahun Girls’ Generation yang ke-13💓. Terima kasih dan tahniah kepada SONE yang sudah bersama kami sekian lamanya dan juga kepada ahli kumpulan yang saya sayangi. Sekali lagi saya muhasabah diri apabila melihat ramai orang disekeliling yang boleh saya kongsikan setiap emosi yang dirasai. Mereka semua sangat berharga dan saya sangat bersyukur.

Girls’ Generation tak akan pernah tamat, jadi bersama kita menuju ke hari-hari yang lebih bahagia bersama💓. Semoga sentiasa baik-baik sahaja dan bersyukur untuk hari seperti ini. Mari bergembira SONE dan Girls’ Generation.

Hyo-yeon

 

View this post on Instagram

 

. 항상 그 이상을 이뤄낼 수 있었던건 우리 서로의 믿음과 열정이 있었다고 생각해 그리고 우리 소원과의 믿음과 사랑이지 우헤헤 13주년 축하해! 지•소, 앞•소, 영원히 소녀시대!💗 아. 이렇게 단합력 좋은 소시 칭찬해💕 . #13YearsWithGirlsGeneration #GirlsGeneration13thAnniversary #13SummersWithGG #13년째_지금은_소녀시대 #GG4EVA #SOONEDAY #13YEARSWITHINTW #13YEARSWITHSOONE #소녀시대 #소원 #girlsgeneration #sone #GG4EVA

A post shared by Hyoyeon Kim (@hyoyeon_x_x) on

Saya percaya yang kami berjaya melepasi lebih daripada apa yang dijangka adalah kerana kami memiliki hati dan semangat semua ahli. Juga kerana kepercayaan dan kasih sayang yang diberikan oleh SONE. Tahniah atas ulang tahun ke-13 kita!💓

Saya bangga dengan ahli Girls’ Generation kerana mampu untuk selalu berkumpul bersama 💕

Seo-hyun

Hari ini ialah tahun ke-13 kami bersama 🖤

Saat yang paling bersinar dalam hidup saya adalah ketika bersama para kakak dan juga SONE. Terima kasih, dan saya sayang awak semua sangat sangat. Mari bersama selamanya 💖

Soo-young

 

View this post on Instagram

 

함께 맞는 13번째 여름, 아직도 내옆을 지켜주는 내사람들이 있어 감사해요❤️오랜만에 들려주는 #지소앞소영소 외침이 우릴 보고싶은 그대들의 마음을 달래주길 바라며, 내년에도 소녀시대 좋아하길 다행이었다고 생각할수 있게 해줄게요. 🥰 ‪#13YearsWithGirlsGeneration #GirlsGeneration13thAnniversary #13SummersWithGG #13년째_지금은_소녀시대‬ #13SummersWithSONE #GG4EVA

A post shared by Sooyoung Choi (@sooyoungchoi) on

Musim panas ke-13 kami bersama. Saya berterima kasih kerana masih mempunyai teman yang akan sentiasa berada bersama saya ❤️. Berharap agar slogan yang kita jerit bersama ini setelah sekian lamanya akan melegakan rasa sesiapa yang merinduinya. Saya akan pastikan anda semua berasa bersyukur kerana masih lagi menyintai Girls’ Generation pada tahun hadapan juga 🥰

Sunny

Girls’ Generation~ Tahniah atas ulang tahun ke-13 kita!!! Kepada SONE yang sentiasa bersama kami.. Terima kasih~ Kerana anda, saya mampu untuk berjalan atas jalan yang dipenuhi halangan dek berasa gembira dan bahagia. Girls’ Generation untuk semua, mari kita teruskan untuk masa yang lama lagi~!!!

Yu-ri

 

View this post on Instagram

 

소녀시대, 소원이라는 이름으로 내 청춘을 찬란하게 빛내줘서 진심으로 고마워 멤버들 팬들 .. 아직 13주년밖에 안됐으니 천천히 우리 잡은 두 손 놓지 말고 함께하기로 해 20주년 30주년 때에도 #13YearsWithGirlsGeneration #GirlsGeneration13thAnniversary #13SummersWithGG #13년째_지금은_소녀시대 #GG4EVA #SONEDAY #13YEARSWITHINTW #13YEARSWITHSONE

A post shared by ʏᴜʀɪ ᴋᴡᴏɴ (@yulyulk) on

Terima kasih kepada kesemua ahli dan juga peminat kami yang membenarkan masa remaja saya bersinar dengan cerahnya di bawah nama Girls’ Generation dan SONE.. Baru 13 tahun.. jadi jangan lepaskan tangan kami dan terus bersama sehingga ulang tahun ke-20 dan 30 nanti.

Yoon-A

Terima kasih untuk kenangan yang manis selama 13 tahun kita bersama. Girls’ Generation dan SONE, kita adalah satu dan sama 💗. Untuk masa hadapan pun, kita akan bersama untuk selama yang mungkin.

Harapnya SONE tak perlu tunggu lama untuk dengar lagu baru daripada Girls’ Generation! Tak salah berangan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...