“Wow, sapu sikit je dah pekat warnanya, bibir terasa lembab 24 jam pula tu!”
Di pagi raya mesti korang yang perempuan nak kelihatan cantik dan berseri. Maklumlah, masa inilah nak bertemu dengan rakan-rakan lama dan juga saudara mara di kampung.
Selain baju dan OOTD raya, makeup look pun satu perkara yang penting masa hari perayaan nanti. Lagi-lagi bab lipstick, banyak juadah raya yang kita nak jamu nanti, tak kan la nak apply setiap kali makan kan.
Sebab tu, korang kena cuba BNB Berry Lip Matte terbaru yang dah available dekat Malaysia. Jom kami share lebih lanjut tentang produk ini.
Jenama produk BNB barenbliss
barenbliss (BNB) merupakan jenama K-beauty hasil kerjasama jurusolek terkenal Korea, Jina Kim yang berpengalaman menata rias ramai artis Korea popular. Produk ni dicipta untuk jadikan korang nampak lebih cantik hanya dengan menjadi diri sendiri.
Formula yang digunakan produk BNB ni semuanya melalui penyelidikan makmal dan mengutamakan bahan-bahan Bare Essentials (B) + No Harm (N) + Bliss Moments (B).
Nama produk BNB itu sendiri kreatif dan unik macam salah satu produk Lip Matte, Berry Makes Comfort Lip Matte, sememangnya membuatkan kita rasa ‘Berry Comfort’ bila dipakai.
Kalau korang nak tahu, dalam masa kurang dari setahun je produk BNB, Berry Makes Comfort Lip Matte ni dah famous dekat pasaran Korea dan Indonesia tau!
Bukan itu saja, produk ni juga telah memenangi banyak anugerah kecantikan di peringkat antarabangsa macam GlowPick, Beauty+, Allure dan majalah kecantikan lain. Terbaiklah!
BNB Berry Lip Matte melembabkan bibir sehingga 24 jam
Apa yang menjadi tarikan golongan muda ialah reka bentuk packaging Berry Lip Matte ni sangat minimalistik dan estetik.
Bentuk segitiga dan penggunaan warna soft pink menampakkan produk ni ‘trendy’ dan unik serta packaging yang lut sinar di tengah memudahkan pengguna untuk memilih warna lip matte mengikut cita rasa masing-masing.
Untuk pengetahuan korang, Berry Lip Matte ni pun ada bau semula jadi buah beri yang sangat manis tau, Bestnya!
Dari segi tekstur pula, Berry Lip Matte ni mempunyai tekstur yang lembut seperti sutera, senang untuk kita apply di bibir. Jadi, bibir kita akan rasa ringan dan tak melekit bila pakai, macam tak pakai lipstick pun!
Berry Lip Matte diperbuat dengan bahan semula jadi
Bahan utama Berry Lip Matte ni mengandungi Macademia Organic Oil yang kaya dengan Omega 7 yang akan memberikan kelembapan pada bibir sehingga 24 jam, Vitamin E dan Hyaluronic Acid pula akan membantu bibir kita nampak mungil.
Lip Matte ini juga bebas daripada bahan yang membahayakan macam paraben, mineral oil, phthalates, alkohol dan BHA/BHT. Jadi produk ni sangat sesuai untuk pengguna yang ada masalah bibir kering dan merekah.
3 warna BNB Berry Lip Matte yang korang ‘must have’
Untuk pengetahuan, ini antara warna bestseller Berry Lip Matte iaitu Berry Set (01), Maple Mingle (04) dan Chapter Nude (06). Cantiknya!
3 warna ini terkenal sebab mudah ‘match’ dan dipakai pada mana-mana majlis dan sesuai untuk semua jenis warna kulit pengguna.
Kalau nak tampil seksi dan menggoda di hari raya, korang boleh pakai kod 01 (Berry Set) sebab warna Pink pekat itu akan menyerlahkan lagi makeup raya korang dan memberi tumpuan kepada bibir korang tau.
Tapi kalau nak nampak lebih anggun, manis, dan bergaya korang boleh cuba kod 04 (Maple Mingle) atau 06 (Chapter Nude) sebab dua warna ni mempunyai warna ‘earth tone’ yang menenangkan.
Berry Lip Matte BNB ringan dan tak melekit
Kimchi Daily pun berpeluang untuk menggunakan sendiri produk BNB ni tau dan memang terbukti Lip Matte ni akan membuatkan bibir kita terasa sangat lembab, ringan dan tidak melekit langsung!
Kelembapannya mampu bertahan sehingga 24 jam dengan memberikan rasa lembap dan tak buat bibir kita terlalu kering.
Kalau korang tak percaya dan nak rasa sendiri pengalaman pakai produk BNB Berry Lip Matte ni, korang boleh dapatkan sendiri secara eksklusif di laman Shopee. Barulah OOTD raya korang akan lebih lengkap!
Ikuti akaun rasmi barenbliss (BNB) di Facebook, Instagram dan TikTok untuk info lebih lanjut.