Ikuti Kami:

Berpakaian Kasual, Rambut Paras Bahu Song Jihyo Dipuji Ramai

Berpakaian Kasual, Rambut Paras Bahu Song Jihyo Dipuji Ramai

Semakin hari, semakin cantik Song Ji-hyo dengan potongan rambutnya yang kian mencecah paras bahu kini.

Bukan sahaja visual dalam rancangan “Running Man” menjadi perbincangan ramai, malah penampilan kasual bersama rakan sekerja dan seperjuangan turut menjadi perhatian ramai.

Kelmarin, Song Ji-hyo telah berkongsi foto di mana dia menghadiri tayangan perdana filem “645”.

Tulisnya di Instagram,

Sudah sekian lama saya keluar menonton wayang bersama mereka dan berseronok sekali. “645 sangat menyeronokkan. Semoga berjaya, Park Kyung-won PD.

Dalam foto itu, Song Ji-hyo dilihat selesa dengan pakaian serba hitam tanpa lengan dan tersenyum memandang kamera. Meskipun menyarungkan pelitup muka, terserlah kecantikan wanita itu dengan rambut pendeknya.

Dalam pada itu, ramai yang menantikan projek terbaru Song Ji-hyo selepas “The Witch’s Diner”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...