Ikuti Kami:

Berlatarkan 1950-an, Kim Taeri Sah Terajui ‘Jeong Nyeon’ Bersama Ra Miran & Shin Yeeun

Berlatarkan 1950-an, Kim Taeri Sah Terajui ‘Jeong Nyeon’ Bersama Ra Miran & Shin Yeeun

Gabungan luar biasa diantara pelakon-pelakon wanita terkenal Korea.

Pada 16 November, tvN telah mengumumkan barisan pelakon yang bakal membintangi drama terbaru mereka yang berjudul “Jeong Nyeon”.

Di mana, drama yang diadaptasikan oleh webtoon terkenal ini akan dilakonkan oleh Kim Tae-ri, Shin Ye-eun, Ra Mi-ran dan Moon So-ri.

“Jeong Nyeon” mengisahkan tentang kisah kehidupan seorang budak perempuan yang dilahirkan dengan bakat menyanyi pada tahun 1950, sejurus selepas tamatnya perang Korea.

Jeong Nyeon webtoon

Kim Tae-ri akan membawa watak sebagai Yoon Jeong-nyeon, seorang gadis yang mahir ‘pansori’ dan berhijrah dari Mokpo ke Seoul seorang diri untuk menjadi pelakon.

Shin Ye-eun pula dijangka akan membawa watak sebagai Heo Yeong-seo, musuh kepada Jeong-nyeon. Tidak ketinggalan, Ra Mi-ran akan membawa watak sebagai pengarah syarikat Maerang Theater, Kang So-bok. Manakala Moon So-ri akan menjadi Seo Yong-rye, iaitu ibu kepada Jeon-nyeon.

Drama yang diarahkan oleh Jeong Ji-in yang juga merupakan pengarah bagi drama “The Red Sleeve” ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Korang dah sedia ke belum nak tonton gabungan hebat ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...