Ikuti Kami:

Berlangsung Selama 3 Jam, Jin BTS Akan Adakan Acara ‘Peluk Peminat’ Selepas Keluar Tentera

Berlangsung Selama 3 Jam, Jin BTS Akan Adakan Acara ‘Peluk Peminat’ Selepas Keluar Tentera

Pejam celik pejam celik, Jin BTS akhirnya bakal menamatkan latihan ketenteraanya tak lama lagi!

Bagi menghargai sokongan peminat yang setia menunggunya, Big Hit mengumumkan bahawa Jin sendiri mencadangkan untuk menganjurkan acara ‘Jin’s Greeting’, bagi meluangkan masa bersama ARMY di hari ulang tahun debut kumpulan.

Di acara itu, lelaki tersebut akan menyapa peminat secara peribadi di Arena Jamsil, Seoul, dan mereka yang memenangi undian akan berpeluang untuk memeluk atau berjabat tangan dengan Jin, bergantung pada pilihan mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi, acara ‘Jin’s Greetings’ itu akan berlangsung pada 13 Jun selama kira-kira tiga jam, dengan beberapa kriteria yang harus diikuti bagi melayakkan diri untuk berpeluang menyertai acara berkenaan.

Sementara itu, Jin akan menamatkan khidmat ketenteraanya pada 12 Jun nanti.

Mesti la ramai yang pilih nak peluk Jin kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...