Suho EXO ada hadiah khas buat EXO-L!
Menurut SM Entertainment, ahli EXO Suho akan menganjurkan siaran langsung khas di YouTube, bertajuk ‘Suho’s Resume for EXO-L Inc.’, pada 19 Februari ini bermula jam 8 malam. Peminat boleh menonton secara langsung di YouTube, di mana Suho akan mengambil peranan sebagai calon pekerja, yang menemu duga untuk jawatan di EXO-L Inc.
Sementara itu, Suho memulakan perkhidmatan ketenteraan wajibnya sebagai pekerja perkhidmatan awam pada Mei 2020 dan dia telah pun menamatkan tugasnya pada awal bulan ini pada 14 Februari.
https://youtu.be/9JWo1XdfIRA
Jangan lupa tonton tau EXO-L!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.