Ikuti Kami:

Berlakon Bersama 13 Tahun Lalu, Yeo Jingoo & Moon Gayoung Ulas ‘Reunion’ Dalam ‘Link: Eat, Love, Kill’

Berlakon Bersama 13 Tahun Lalu, Yeo Jingoo & Moon Gayoung Ulas ‘Reunion’ Dalam ‘Link: Eat, Love, Kill’

Siapa yang dah teruja nak tonton gandingan antara Yeo Jin-goo dan Moon Ga-young dalam “Link: Eat, Love, Kill”?

Pada 2 Jun, sidang akhbar bagi drama tvN akan datang “Link: Eat, Love, Kill” telah diadakan, dengan kehadiran pengarah Hong Jong-chan, dan pelakon utama Yeo Jin-goo dan Moon Ga-young.

Untuk pengetahuan, drama ini menandakan pertemuan semula dua bekas pelakon kanak-kanak Yeo Jin-goo dan Moon Ga-young, selepas 13 tahun sejak mereka berdua muncul dalam drama 2009 “Ja Myung Go”.

link: eat, love, kill

Ketika ditanya tentang perasaan mereka dapat berlakon bersama sekali lagi, Yeo Jin-goo berkata,

Sudah 13 tahun sejak kami kali terakhir muncul dalam karya yang sama. Bertemu kembali setelah sekian lama terasa baru. Kami banyak berbual tentang kenangan lalu. Saya rasa ia banyak membantu saya untuk menambah kemesraan watak dalam drama ini.

Moon Ga-young turut berkongsi perasaannya,

Adalah wajar untuk teruja kerana sudah lama sejak kali terakhir kami berlakon bersama. Kami berdua adalah pelakon kanak-kanak, jadi pelik melihat kami berdua muncul dalam ‘Link: Eat, Love, Kill’ sekarang. Umur kami lebih kurang sama ketika itu. Kami bercakap tentang kisah lama kami sambil melihat kembali diri kami sebagai pelakon kanak-kanak. Saya rasa ia memberi saya banyak kekuatan kerana kami mengenali antara satu sama lain dengan baik.

link: eat, love, kill

Dalam pada itu, gabungan fantasi, romantik dan misteri, “Link: Eat, Love, Kill” ialah drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.

Jangan lupa tonton “Link: Eat, Love, Kill” pada 6 Jun ini di tvN dan Disney+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...