Ikuti Kami:

Berkelakuan Mesra, Gosip Percintaan Park Boyoung & Park Hyungsik Kembali Hangat Diperkatakan

Berkelakuan Mesra, Gosip Percintaan Park Boyoung & Park Hyungsik Kembali Hangat Diperkatakan

Khabar angin Park Bo-young dan Park Hyung-shik sedang bercinta kembali berterbangan.

Kelmarin, majalah fesyen W Korea memuat naik video mereka berdua yang menghadiri kempen kesedaran mengenai kanser payudara yang dianjurkan oleh majalah itu.

Seperti biasa, Park Bo-young mempamerkan wajah awet muda yang menawan sesuai dengan gelarannya ‘Ppobly,’ manakala Park Hyung-sik kelihatan mempesona dengan gaya pakaian serba hitam yang chic.

Malah pelakon wanita itu menampilkan keakraban mereka apabila dia membantu membuang bulu mata yang terjatuh di wajah Park Hyung-shik. Mereka berdua kemudiannya menyedari kehadiran kamera dan memberikan pose mesra.

Sebelum ini, Park Hyung-shik pernah menjelaskan bahawa ramai salah sangka mengenai kemesraan mereka semasa berlakon “Strong Woman Do Bongsoon”.

Kalau ya pun, apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...