Ikuti Kami:

Berkat Kim Jongkook, Jualan Perniagaan Pakaian Dalam Song Jihyo Makin Meningkat Kini

Berkat Kim Jongkook, Jualan Perniagaan Pakaian Dalam Song Jihyo Makin Meningkat Kini

Bukan sahaja sibuk dalam dunia lakonan dan rancangan hiburan, Song Ji-hyo juga kian aktif sebagai seorang ahli perniagaan kini.

Terbaru menerusi saluran YouTube peribadinya, Ji Suk-jin telah pergi melawat ke pejabat perniagaan pakaian dalam Song Ji-hyo dan melihat kehidupannya sebagai seorang ahli perniagaan.

Semasa lawatannya, Ji Suk-jin melihat ruang kerja mereka di sana sambil bertanya kepada seorang staf,

Adakah jualan semakin meningkat sekarang?

Jawab staf tersebut,

Ya, terima kasih kepada saluran Gym Jong-kook.

Sebelum ini Song Ji-hyo telah muncul dalam saluran YouTube Kim Jong-kook, di mana dia meluahkan kerisauan kerana jualan perniagaannya tidak seperti yang diharapkan.

Nampaknya selepas mempromosikan produknya itu dalam saluran tersebut, ramai yang mula kenal dengan jenama ‘Nina. Ssong’ dan jualan semakin bertambah baik.

Fighting Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...