Ikuti Kami:

Berjaya Cari Coklat Disorok Gary Guna ‘Trick’ Tidak Disangka, Penonton Berterusan Puji Kepandaian Haoh

Berjaya Cari Coklat Disorok Gary Guna ‘Trick’ Tidak Disangka, Penonton Berterusan Puji Kepandaian Haoh

Anak teruna Gary iaitu Ha-oh berterusan membuktikan bahawa dia seorang yang bijak dan tak mudah diperdaya. Malah sejak daripada awal kemunculannya lagi, kanak-kanak terseut sudah berjaya merebut hati penonton dek kecerdikannya yang tak padan langsung dengan usianya.

Dalam episod terbaru “Superman Returns”, Gary telah menyorokkan coklat di sekeliling rumah mereka dek risau melihatkan anaknya itu yang tak berhenti menjamah ‘jajan’ tersebut. Kata lelaki itu,

Kalau awak jumpa coklat, ayah akan benarkan awak makan.

haoh pandai

Semasa mencari coklat tersebut, Ha-oh nyaris termakan ubatan tradisional yang dibalut seakan-akan coklat yang dicarinya namun sempat dihalang oleh Gary. Semasa ayahnya beransur sebentar ke bilik, Ha-oh menunjukkan kebijaksanaannya sehingga mengejutkan penonton di rumah.

Kanak-kanak berusia 4 tahun itu dengan sopannya memasuki khemah seorang jurukamera dan menanyakan dengan lembut,

Awak nampak tak coklat saya?

haoh pandai

Meskipun jurukamera tersebut mengatakan bahawa dia tidak mengetahui lokasi coklat tersebut, Ha-oh bertanya mengenai rakaman yang dirakamnya sebelum ini supaya dia dapat melihat di mana tempat ayahnya menyorokkan coklat tersebut.

Selepas berjanji dengan jurukamera untuk merahsiakan hal tersebut daripada Gary, Ha-oh duduk dan meneliti semula rakaman semasa ayahnya menyorokkan coklat tersebut di dalam tabung ketika Ha-oh memandang ke arah lain.

Disebabkan oleh kepandaiannya itu, Ha-oh berjaya mencari coklat tersebut sehingga membuatkan ayahnya yang ‘naif’ terkejut apabila mendapatkan anaknya selepas itu.

haoh pandai

Rata-rata penonton kagum melihat Ha-oh yang mampu berfikir sejauh itu bagi mencari coklat yang disorok ayahnya. Nasiblah Gary tak dapat nak lawan akal panjang anak terunanya itu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...