Ikuti Kami:

Berinteraksi Dengan Penari Bog*l Popular, Tindakan Jung Haein Jadi Perdebatan Ramai

Berinteraksi Dengan Penari Bog*l Popular, Tindakan Jung Haein Jadi Perdebatan Ramai

Kalau dah jadi selebriti, apa sahaja tindak-tanduk mereka, pasti akan menjadi perhatian ramai.

Pelakon Jung Hae-in mencetuskan kontroversi dengan responnya terhadap mesej peribadi seorang BJ (broadcast jockey) yang sering terpalit skandal di Korea.

Yuhwa (nama sebenar Kim Ji-yeon) baru-baru ini berkongsi tangkapan skrin mesej peribadinya kepada pelakon itu di Instagram. Tulisnya, “Saya cintakan awak” dan lelaki itu dilihat membalas dengan meninggalkan ‘tanda suka’.

Jung Hae In menyukai DM saya! Sebuah hati! HATI. HAHAHA HATI.

Dia juga berkongsi tangkapan skrin kedua yang menunjukkan dia telah menghantar mesej susulan, merasa teruja kerana ‘like’ tersebut. Di bawah, ia menunjukkan bahawa Jung Hae-in telah melihat mesej itu tiga jam sebelum tangkapan skrin diambil.

yuhwa jung haein

Interaksi ini telah mencetuskan perdebatan hangat dalam talian, dengan netizen berdebat sama ada Yuhwa mendapat perhatian istimewa daripada Jung Hae-in atau jika dia melayan semua mesej peminat dengan cara yang sama. Ada juga yang tertanya-tanya jika dia sedar siapa Yuhwa.

Ada juga yang mempertahankan Jung Hae-in, dengan berpendapat bahawa tiada masalah besar untuk berinteraksi dengan seorang BJ kerana dia juga adalah seorang dewasa yang matang.

Alaaa ‘like’ je kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.