Tatkala ramai selebriti yang lebih memilih untuk berdiam diri, Lee El satu-satunya pelakon yang bersuara mengenai isu Kim Soo-hyun dan mendiang Kim Sae-ron.
Pada 17 Mac, Lee El telah menghantar satu hantaran di akaun X peribadinya yang berbunyi,
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun hanyalah seorang kanak-kanak yang ditolak ke dalam industri oleh ibu bapa mereka dan seorang kanak-kanak berusia 15 tahun tiba-tiba dilayan seolah-olah mereka tahu segala-galanya dan dilabel sebagai pisau cukur?
9살은 아무것도 모르고 부모 등쌀에 떠밀려온 아이이고 15살은 세상 다 알아서 꽃뱀 취급합니까
— 2L (@2L_ibnida) March 17, 2025
Meskipun wanita itu tidak secara jelas menjelaskan konteksnya, kenyataan itu dipercayai adalah responnya kepada sentigmen negatif orang ramai terhadap Kim Sae-ron berikutan kontroversi baru-baru ini.
Sementara itu, keluarga Kim Sae-ron masih lagi menuntut permohonan maaf dari Kim Soo-hyun.