Alaaa sweet betul Kim Tae-hee! Sentiasa jadi yang pertama untuk beri sokongan buat suaminya, Rain.
Terbaru, Rain telah berkongsi di Instagram milik agensinya mengenai trak kopi yang dihantar oleh Kim Tae-hee ke set penggambaran “Ghost Doctor”.
Ding dong! Trak kopi dengan kasih sayang telah sampai ke set ‘Ghost Doctor’.
View this post on Instagram
Banner yang mengiringi hadiah tersebut bertulis,
Kim Tae-hee menyokong Jung Ji-hoon dan keseluruhan staf dan kru ‘Ghost Doctor’.
Untuk pengetahuan, drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak, seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya serta dua doktor lain dengan latarbelakang dan kemahiran yang ekstrem berkongsi satu badan yang sama.
Terasa single betul tengok kemesraan mereka!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.