Siapa tak sayang adik sendiri kan?
Begitulah Hani EXID apabila dia disahkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama “Ghost Doctor” yang menampilkan adiknya, Ahn Tae-hwan sebagai salah seorang pelakonnya.
Menerusi foto yang dimuat naik, Hani akan membawa watak Lee Ji-woo yang menggunakan nama Jessica sebagai nama pentasnya. Sejak berkenalan 10 tahun lalu, wanita itu mempunyai hubungan yang istimewa dengan Cha Young-min (Rain).
Dalam pada itu, Ahn Tae-hwan membawa watak Kim Jae-won iaitu seorang doktor residen pembedahan jantung yang baik hati dan merupakan rakan baik Go Seung-tak (Kim Bum).
“Ghost Doctor” ialah drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak, seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya serta dua doktor lain dengan latarbelakang dan kemahiran yang ekstrem berkongsi satu badan yang sama.
Nantikan kemunculan Hani dalam tayangan 24 Januari ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.