Ikuti Kami:

Beri Klu Musim Ketiga, Episod Akhir ‘Missing: The Other Side 2’ Raih Rating Tertinggi

Beri Klu Musim Ketiga, Episod Akhir ‘Missing: The Other Side 2’ Raih Rating Tertinggi

Akhirnya “Missing: The Other Side 2” sudah pun menamatkan tayangan kelmarin.

Sinopsis

Drama gabungan fantasi dan misteri ini berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh, yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

Perkampungan ketiga

[Amaran SPOILER]

Selepas kesemua roh berjaya mencapai apa yang dihajati dan mayat mereka akhirnya dijumpai, Kim Wook (Go Soo), Jang Pan-seok (Heo Jun-ho), Lee Jong-ah (Ahn So-hee) dan Shin Joo-ho (Ha Joon) meneruskan kehidupan masing-masing.

Walau bagaimanapun, Jang Pan-seok sepertinya dapat melihat roh anaknya di dalam mimpi dan gembira apabila bersembang dengannya. Manakala Kim Wook pula kembali bermimpi mengenai karusel di taman tema dan dia menemui permainan yang sama bersama Im Si-wan selepas dibawa ke demensi lain semasa memandu.

tvn missing the other side 2

Disebabkan oleh itu, ramai yang menebak “Missing: The Other Side” bakal mempunyai musim ketiga memandangkan ending terbukanya selain menganggap bahawa Im Si-wan bakal menyertai skuad mencari roh itu.

Rating tinggi

Terbukti pooular, siri fantasi misteri ini berjaya meraih rating tinggi untuk musim keduanya juga. Malah rekod untuk episod akhir ini iaitu 5.912% merupakan catatan terbaik siri sepanjang tayangannya.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...