Ikuti Kami:

Beri Kesan ‘Glowing’ & Lembut, Cuba 6 Serum Jenama Korea Bantu Menyerikan Kulit Muka

Beri Kesan ‘Glowing’ & Lembut, Cuba 6 Serum Jenama Korea Bantu Menyerikan Kulit Muka

Keberkesanan penjagaan kulit sering dikaitkan dengan pelembap berkualiti tinggi dan supaya kulit sentiasa lembut, terhidrat dan kelihatan muda.

Dengan kepercayaan oleh pengguna tetap di seluruh negara, KimchiDaily nak kongsikan beberapa serum yang dijamin keberkesanannya terhadap kulit.

Klairs

Serum Klairs

Serum ‘The Freshly Juiced Vitamin Drop’ yang dikeluarkan oleh Klairs ini membantu untuk memulih dan melicinkan kulit. Ia sangat sesuai untuk digunakan pada kulit sensitif kerana mengandungi bahan aktif utama, vitamin C. Kandungan vitamin C 5% bermakna ia cukup lembut untuk kulit sensitif.

Ia memenuhi janjinya untuk mencerahkan kulit yang kusam dan juga bekerja keras untuk memudarkan bintik-bintik coklat dan parut yang degil, garis-garis halus dan pori-pori yang membesar.

Serum Benton Snail Bee Ultimate 

Benton Serum

Antara bahan yang ada dalam serum Benton adalah rembesan siput yang telah ditapai oleh yis diperoleh daripada anggur. Ia berfungsi untuk membaiki kulit, membersihkan parut jerawat dan merawat hiperpigmentasi. Manakala racun lebah dalam formula ini berfungsi untuk merawat jerawat degil. Paling seronok, serum ini sesuai diguna pakai pada semua jenis kulit.

Serum SOME BY MI AHA BHA PHA 30Days Miracle

Some By Me Serum

Ini merupakan serum terbaik dan sedang menjadi pilihan utama bagi perempuan dewasa di Malaysia. Formula yang ada dalam serum ini sangat sesuai dengan cuaca di negara kita. Ia adalah serum muka yang berkesan membantu memulihkan kulit dengan ekstrak centella asiatica dan air pokok teh.

Ia juga dirumus dengan komponen AHA, BHA dan PHA untuk mendedahkan kulit yang lebih sihat dengan menbuang sel kulit mati daripada kulit.

Serum Dear, Klairs Rich Moist Soothing

Serum klairs

Selain daripada serum berasaskan vitamin C, Klairs juga ada mengeluarkan serum yang lain dan fungsinya juga berbeza. Jangan risau kalau selepas beberapa hari memakainya, kulit mungkin akan kering tetapi ini merupakan salah satu proses untuk memulihkan kembali kulit muka yang rosak. Cuma si pemakai kena memakai pelembap dalam kuantiti yang banyak.

Serum MIZON AHA 8% Peeling 

Serum MIZON

Serum yang ini diformulasikan dengan 8% AHA (asid glikolik), iaitu bahan yang berfungsi untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati dengan lembut dan membantu memulihkan hiperpigmentasi. Dalam rutin penjagaan muka, serum ini boleh membantu menjadikan tekstur kulit kelihatan lebih licin, lebih jelas dan tona sekata. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Serum SKINFOOD Peach Sake Pore

Peach Sake serum

Serum pic oleh SKINFOOD ini mengandungi penapisan penapaian beras (atau sake). Ia adalah bahan yang popular dan aktif dalam banyak produk penjagaan kulit Korea. Ia kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral serta sangat berkesan dalam mengurangkan pori-pori yang membesar. Sake juga menyumbang untuk meningkatkan keanjalan kulit untuk memberikan keseluruhan kulit yang lebih gebu dan licin.

Serum ini juga mengandungi ekstrak pic, sumber vitamin C dan vitamin A. Ia membantu mencerahkan kulit dan sekatakan tona kulit yang tidak seimbang serta memudarkan bintik hitam pada kulit.

Produk Korea memang terbaik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...