Ikuti Kami:

“Berhenti Imbau Drama Lama Saya” – Netizen Kritik Gong Hyojin Minta Peminat Berhenti Muat Naik Klip Drama Lama

“Berhenti Imbau Drama Lama Saya” – Netizen Kritik Gong Hyojin Minta Peminat Berhenti Muat Naik Klip Drama Lama

Siapa yang meminati K-drama sejak daripada tahun 2000 dan ke atas pasti mengenali ramai pelakon hebat yang masih lagi berlakon sehingga sekarang. Antara nama hebat yang tak berhenti menjadi rebutan ramai pengarah drama ialah pelakon wanita, Gong Hyojin. Sering berlakon drama yang ringan dan membuai hati, pelakon wanita ini turut digelar sebagai ‘Ratu Romantik Komedi’ kerana watak yang sering dimainkannya. Sampaikan dia diberi nama timangan ‘Gongvly’ yang merupakan gabungan antara namanya dan perkataan ‘lovely’. Hebat betul penangan Gong Hyojin!

Disebabkan popular sehingga sekarang, wanita itu mempunyai ramai peminat tegar yang sudah mengikuti perkembangan keriernya sejak daripada awal kemunculannya lagi. Mungkin saja nak imbau kenangan, seorang peminat telah memuat naik sedutan pendek drama lakonan Gong Hyojin iaitu “Sang-doo! Let’s Go to School!” yang telah ditayangkan pada tahun 2003.

gong hyojin

Walaubagaimanapun, tak lama selepas itu, pelakon tinggi lampai itu telah meninggalkan komen pada entri Instagram itu dan meminta peminat tersebut berhenti mengulang kembali video drama lamanya.

Tolong. Boleh tak awak berhenti imbau kembali drama lama. Saya minta tolong sangat.

gong hyojin tegur peminat

Peminat tersebut kemudiannya membalas komen Gong Hyojin dan bersetuju dengan permintaannya.

Baiklah. Saya akan berbuat demikian. Terima kasih.

Salah seorang individu lain meluahkan rasa cemburunya kerana Gong Hyojin meninggalkan komen kepada peminat tersebut. Namun peminat tersebut menyatakan bahawa dia sebenarnya sedikit ‘terasa’.

Sejujurnya, saya sedikit sedih.

Selepas kisah itu tersebar di sekitar laman komuniti dan media sosial, segelintir netizen sepertinya tidak bersetuju dengan permintaan Gong Hyojin itu. Mereka hairan kenapa pelakon wanita itu membuat permintaan sedemikian. Adakah kerana dia benci melihat watak lamanya?

“Betul ia adalah haknya sebagai seorang pelakon tetapi… dia agak memilih ya? Saya tak rasa peminat drama lamanya suka dengan hal ini.”

 

“Kenapa??? Adakah dia malu dengan masa lalunya…??? Bukankah masa lalunya yang membina dia pada hari ini??”

 

“Mesti peminat itu terasa… menyunting video dan memuat naiknya adalah satu kerja yang renyah.”

 

“Peminat tersebut menonton lebih 200 dramanya untuk sunting dan muat naik… dia mesti berasa malu dan sedih.”

 

“Saya tertanya-tanya adakah ia disebabkan oleh wajah atau lakonannya pada ketika itu.”

 

“Kalau ya pun dia tak nak video itu dimuat naik, dia boleh gunakan struktur ayat yang lebih baik. Dia patut tahu yang peminat tersebut tiada niat jahat semasa memuat naiknya, kenapa buat keadaan jadi kekok?”

 

“Tapi apakah sebab disebaliknya?? Gong Hyojin adalah pelakon kegemaran saya tetapi saya tak faham.. Bukankah bagus peminat berterusan menyukai drama lamanya…??”

 

“Adakah dia tak mahu ia dimuat naik kerana wajahnya kelihatan berbeza??”

 

“Apa yang dia buat itu agak biadap kepada produser drama lama tersebut. Semua orang bekerja keras menghasilkannya dan dia tak mahu orang menyebut tentangnya?.. Dan akaun tersebut dimiliki oleh peminat tegarnya. Dia boleh sahaja hantar mesej peribadi daripada menyakitkan hati mereka secara umum macam itu.”

Tak pastilah apa punca sebenar yang membuatkan Gong Hyojin membuat permintaan sedemikian. Sama ada wanita itu akan memberikan kenyataan rasmi mengenainya atau dia akan mendiamkan diri sahaja. Nantikan!

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...