Ikuti Kami:

Berhenti Dari Industri Hiburan, Bekas Penyanyi Popular Ini Didakwa Sudah Menetap Di Bali Kini

Berhenti Dari Industri Hiburan, Bekas Penyanyi Popular Ini Didakwa Sudah Menetap Di Bali Kini

Bukan mudah bagi seseorang penyanyi idola untuk berhenti dari industri hiburan dan pindah ke negara lain bagi memulakan kehidupan baru.

Pada bulan Mei yang lalu, bekas penyanyi idola terkenal Ga-yoon, telah membuat keputusan yang besar di dalam hidupnya.

Di mana, bekas ahli 4Minute itu telah mengejutkan ramai peminat setelah didapati menetap di Bali, Indonesia selepas berhenti daripada industri hiburan.

gayoon-4minute

Pada mulanya, peminat menyangka bahawa penyanyi tersebut hanya bercuti di sana. Namun, lama kelamaan Ga-yoon sering berkongsi gambaran kehidupan baharunya di Bali dan gambar yang dikongsi juga menunjukkan sisinya yang lebih santai dan peribadi.

Kini, media sosial bekas ahli 4Minute itu dipenuhi dengan kehidupan barunya di tempat itu. Dari meluncur air hingga mendaki, Ga-yoon kelihatan bahagia melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan sehariannya.

Dalam masa yang sama, kehidupan baru bekas idola ini telah membuatkan peminat teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk melihat pengembaraan lain yang akan dia lalui selepas ini.

Seronok lihat Ga-yoon bahagia kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...