Ikuti Kami:

Berhenti Berlakon, Choi Kanghee Dedah Buat Kerja Part-Time Mencuci Pinggan Kini

Berhenti Berlakon, Choi Kanghee Dedah Buat Kerja Part-Time Mencuci Pinggan Kini

Pelakon Choi Kang-hee mendedahkan kehidupan hariannya yang pasti akan mengejutkan peminat.

Menerusi episod terbaru “Omniscent Of Interfering View”, Choi Kang-hee telah hadir sebagai tetamu namun yang peliknya dia juga hadir sebagai pengurus sendiri. Jelasnya,

Saya tidak berlakon selama tiga tahun, jadi saya berpisah dengan pengurus saya. Saya melakukannya sendiri sekarang.

Dalam tempoh itu, wanita tersebut menjelaskan yang melakukan pelbagai pekerjaan,

Saya pergi ke sekolah penulisan skrip, belajar suntingan, dan bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran daging selama empat bulan tetapi ternyata rupanya saya tak berbakat dalam kerja itu.

choi kanghee

Choi Kang-hee juga menjelaskan bahawa terdapat khabar angin yang tersebar di YouTube mengatakan dia mengalami masalah kewangan hingga bekerja mencuci pinggan. Ulasnya,

Saya ingin mengatakan bahawa saya hidup dengan baik dan ingin muncul untuk menjelaskan hal itu.

Bukan itu sahaja, pelakon wanita itu dia tidak mahu menyertai mana-mana agensi kini kerana tiada pelan untuk berlakon kini. Katanya, sukar untuk merencana dan membuat persediaan untuk masa hadapan selepas 25 tahun aktif bekerja.

Dalam episod itu juga, Choi Kang-hee mendedahkan bahawa dia juga sudah berbulan-bulan mengambil kerja mencuci rumah rakan selebriti seperti Kim Sook dan Song Eun-i. Jelasnya, dia tahu dia berbakat dalam hal itu dan gembira dengan kehidupannya sekarang.

choi kanghee

Ramai yang rindu nak lihat Choi Kang-hee berlakon kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...