Ikuti Kami:

Bergandingan Semula, Im Soohyang & Sung Hoon Dilamar Terajui Drama Adaptasi Telenovela ‘Jane The Virgin’

Bergandingan Semula, Im Soohyang & Sung Hoon Dilamar Terajui Drama Adaptasi Telenovela ‘Jane The Virgin’

Khabarnya Im Soo-hyang dan Sung Hoon mungkin akan kembali bergandingan dalam sebuag drama baru tak lama lagi.

Menurut sumber dalam industri, kedua pelakon itu mungkin akan menerajui drama versi Korea, “Jane The Virgin”.

Drama ini diadaptasi daripada siri komedi romantik Amerika yang diambil daripada telenovela Venezuela. Ianya membawa kisah seorang wanita dara yang mengandung anak chaebol generasi kedua dek kesilapan doktornya.

Im Soo-hyang dilamar untuk melakonkan watak Bae Ji-eun, pembantu penulis drama. Dia bertegas mahu kekal dara sebelum perkahwinan berikutan ajaran neneknya. Malah dia juga mempunyai teman lelaki yang memahami kemahuannya itu.

Sung Hoon pula ditawarkan watak Kim Bok-rae di mana dia merupakan pakar pembedahan plastik yang sering mempunyai skandal dengan pelakon wanita sehinggalah dia disahkan menghidapi kanser. Dia kemudiannya meminta cerai daripada isterinya demi kebahagiaan wanita itu.

sung hoon im soohyang

Kedua-dua agensi mereka mengesahkan bahawa mereka ada menerima tawaran daripada drama itu dan sedang menelitinya kini.

Ramai yang teruja dengan gandingan Im Soo-hyang dan Sung Hoon kerana mereka berdua pernah muncul dalam beberapa drama yang sama. Pertama, “New Tales Of Gisaeng” iaitu drama kemunculan pertama mereka dan kemudiannya “Five Enough”

Khabarnya drama ini akan memulakan penggambaran pada September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...