Ikuti Kami:

Bergandingan Dengan Pelakon Vietnam, Lee Kwangsoo Bawa Watak ‘Asia Prince’ Dalam Filem Baru

Bergandingan Dengan Pelakon Vietnam, Lee Kwangsoo Bawa Watak ‘Asia Prince’ Dalam Filem Baru

Nampaknya, Lee Kwang-soo sedang sibuk dengan pelbagai aktiviti lakonan sekarang!

Terbaru, Lee Kwang-soo telah disahkan bakal terajui filem romantik komedi baru berjudul “Dreams of You”, bergandingan dengan pelakon Vietnam, Hoang Ha.

Untuk pengetahuan, drama ini mengikuti kisah percintaan antara pelakon bintang terkemuka Korea dan seorang wanita Vietnam dengan kehidupannya yang biasa.

Dalam filem ini, Lee Kwang-soo akan menghidupkan watak sebagai ‘Prince of Asia’, iaitu seorang pelakon popular Kang Joon-woo, yang sedang mencapai impiannya untuk ke Cannes.

lee kwangsoo hoang ha

Kemudian ketika sedang menjalani penggambaran di Vietnam, dia secara kebetulan berjumpa dengan Tao, wanita dari Vietnam yang mempunyai kehidupan berbeza darinya dan akhirnya jatuh cinta satu sama lain.

Nantikan tayangan “Dreams of You” yang telah dijadualkan pada separuh pertama 2025 ini di Korea dan Vietnam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...