Pada 2 Ogos, acara pembukaan untuk pameran ‘N°1 DE CHANEL GARDEN’ oleh jenama CHANEL telah diadakan di Cafe oude di Sungsu-dong, Seoul.
Selebriti seperti Park Seo-joon, Na In-woo, Lee Soo-hyuk, Lee Sung-kyung, Chae-young TWICE dan ramai lagi telah menghadiri acara itu dengan menggayakan jenama pakaian CHANEL. Semuanya cantik dan tampan!
Tidak lama selepas acara itu tamat, Lee Soo-hyuk telah memuat naik fotonya bersama Lee Sung-kyung dan G-Dragon, yang mana telah menambah keterujaan peminat melihat persahabatan mereka.
Khususnya, peminat seronok apabila melihat Lee Soo-hyuk dan Lee Sung-kyung bergambar bersama. Ramai yang meluahkan keinginan mereka untuk melihat kedua pelakon itu bergandingan dalam sebuah naskhah. Antara komen yang ditulis:
Boleh tak sesiapa melakonkan Lee Sung-kyung dan Lee Soo-hyuk sebagai peneraju dalam satu K-Drama 😭
Seronok juga kalau mereka berdua bergandingan 🤭
Bolehkah mereka berlakon dalam satu drama bersama? Saya merasakan ‘chemistry’ melalui gambar ini! 😍
Serasi juga mereka berdua, kan?