Ikuti Kami:

“Bergaduh Ke..” – Asyik Berkumpul 3 Ahli Sahaja, Peminat Tanya Mana Han Sunhwa?

“Bergaduh Ke..” – Asyik Berkumpul 3 Ahli Sahaja, Peminat Tanya Mana Han Sunhwa?

Mesti ramai tertanya-tanya keberadaan kumpulan SECRET kan?

Kelmarin, Jeon Hyo-sung telah memuat naik gambar dan video bersama dua ahli lain iaitu Song Ji-eun dan Jung Ha-na (Zinger) dengan kapsyen,

Selesa, gembira, hujan turun. Sedikit terlewat, tapi kami berkumpul untuk sambutan hari jadi Ha-na.

Ha-na turut meninggalkan komen di bawah entri itu dan meluahkan rasa gembira dapat berjumpa selain berharap akan bertemu dengan mereka lagi.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai ialah ‘kehilangan’ Han Sun-hwa yang juga merupakan ahli kumpulan itu. Malah wanita itu yang aktif sebagai pelakon kini dilihat tidak menyertai reunion ke-14 SECRET di mana mereka pernah berkumpul pada tahun lalu.

Namun, dalam gambar-gambar tersebut, wajah anggota Han Sunhwa tidak kelihatan. Sebelum ini, pada bulan Oktober tahun lalu, hanya tiga daripada mereka yang hadir dalam perhimpunan yang diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-14 mereka.

Komen peminat,

Kenapa sudah bertahun Sun-hwa tak ada sekali.. Sejak meninggalkan SECRET, terasa seperti pau yang tiada isi apabila tiada Sun-hwa di dalam gambar kumpulan.

Mungkin dorang rapat sebagai rakan sekerja je sekarang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...