Selepas Jisoo mengakui hubungan cintanya bersama Ahn Bo-hyun, mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai status hubungan ahli BLACKPINK yang lain.
Sejak kebelakangan ini, ramai menyebut mengenai Lisa yang dikatakan bercinta dengan CEO jenama TAG Heuer iaitu Frédéric Arnault selepas keduanya dilihat sering menghabiskan masa bersama selain ada tebakan mengatakan mereka bercuti di Greece baru-baru ini.
Lapor media Korea mengenai respon wakil YG Entertainment mengenai hal ini,
Kami tak boleh sahkan apa-apa mengenai khabar angin hubungan cinta Lisa.
Dari jawapan itu, sepertinya Lisa mungkin memilih untuk menyembunyikan hal peribadi ataupun keduanya hanyalah rakan rapat dan bukannya pasangan bercinta.
Untuk pengetahuan, Frédéric Arnault merupakan anak kedua pengerusi konglomerat barangan mewah iaitu Bernard Arnault.
Asalkan Lisa bahagia..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.