Ikuti Kami:

“Bercinta Sejak..” – Kahwin November Ini, Min Kyunghoon Dedah Bakal Isteri Sebenarnya Bekas Penerbit ‘Knowing Bros’

“Bercinta Sejak..” – Kahwin November Ini, Min Kyunghoon Dedah Bakal Isteri Sebenarnya Bekas Penerbit ‘Knowing Bros’

Sudah pun berusia 40 tahun, Min Kyung-hoon akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Terbaru menerusi program “Knowing Bros”, Min Kyung-hoon mendedahkan bahawa bakal isterinya adalah bekas penerbit untuk rancangan berkenaan. Katanya,

Kami mula bercinta secara rahsia sekitar akhir tahun lalu. Kami tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain semasa dia masih jadi penerbit di sini. Kami berdua suka berkhemah dan bercakap mengenainya menjadikan kami lebih rapat.

Kongsinya lagi mengenai bibit percintaannya dengan teman wanitanya itu,

Pada satu hari, saya tumpangkan dia balik dan dah sampai di rumhnya tetapi, saya belum bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal. Jadi, kami pergi ke pub kecil sambil minum bir. Sejak itu, kami telah membina perasaan mendalam pada satu sama lain.

Selain itu, Min Kyung-hoon juga akui bahawa dia berasa tertekan untuk mendedahkan tentang hubungannya kepada umum,

Saya merasakan banyak tekanan untuk mendedahkan perkahwinan saya secara terbuka. Tapi terima kasih kepada keluarga dan rakan ‘Knowing Bros’ saya dapat melakukannya di sini dengan lebih semula jadi. Saya menghargainya.

Untuk pengetahuan, Min Kyung-hoon mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan bekas penerbit “Knowing Bros” pada November ini.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...