“Bercinta Ke?” – Netizen Seronok Lihat Interaksi Romantik Ahn Hyoseop Bersama Lee Sungkyung
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Mempunyai keserasian yang mantap, Lee Sung-kyung dan Ahn Hyo-seop baru-baru ini telah terpalit dengan khabar angin percintaan.
Pada 29 Disember, majlis anugerah ‘SBS Drama Awards 2023’ telah berlangsung dan turut dihadiri bintang “Dr. Romantic 3” iaitu Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung.
Menarik perhatian, peminat perasan bahawa kedua selebriti itu lebih rapat daripada biasa dan banyak momen romantik antara mereka di malam anugerah tersebut.
Doldamvengers, especially Jian? What’s with that reaction?
— WoojinEunjae (@seowoojineunjae) December 29, 2023
Khususnya ketika Lee Sung-kyung berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik – Drama Bermusim, Ahn Hyo-seop terus memberikan sokongan dengan memeluknya.
Kemudian menerusi satu video yang dikongsi, lelaki itu juga dilihat menanggalkan jaketnya dan memberikannya kepada Lee Sung-kyung untuk menutupi bahunya.
우진은재쀼 나란히 최우수상 축하해 pic.twitter.com/OL5z1NtGff
— moonlight (@kimdalbit417) December 29, 2023
Menerusia media sosial, netizen rata-rata seronok melihat interaksi ‘sweet’ antara mereka dan menulis,
Hello Dispatch, adakah ini pasasangan tahun baru untuk 2024?
Saya rasa khabar angin percintaan antara Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung selama ini adalah benar.
Mereka telah bekerjasama selama bertahun-tahun jadi sudah tentu mereka rapat.
Saya harap mereka benar-benar bercinta kerana mereka kelihatan serasi bersama!!
Memang serasi!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




