Semakin bahagia nampaknya Han Ji-min selepas bercinta kini.
Terbaru, pelakon wanita itu telah memuat naik swafoto di akaun Instagram miliknya untuk menyambut perayaan Chuseok. Tulisnya di kapysen, “Keluarga”.
Baru sahaja mengakui hubungan cinta bersama Choi Jung-hoon iaitu vokalis Jannabi, tak semena-mena entri itu dipenuhi dengan komen kekesalan dari netizen.
Komen mereka,
- Dia dah tak nampak cantik.
- Tak tahu kenapa dia nak bercinta dengan penjenayah.
- Unni, kecewanya. Awak dah hidup dengan baik selama ini..
View this post on Instagram
Terdahulu, bapa Choi Jung-hoon telah ditahan polis selepas syarikat pembangunan pembinaan milik bapanya telah tertangkap menipu. Lelaki itu yang turut tersenarai sebagai pemilik saham syarikat berkenaan menidakkan segala tuduhan dan mengatakan bahawa bapanya hanya meminjam nama dan dia langsung tidak terlibat dengan hal itu.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.