Ikuti Kami:

Bercinta Dengan Bintang Porno? Agensi Umum Ju Haknyeon Keluar Dari THE BOYZ

Bercinta Dengan Bintang Porno? Agensi Umum Ju Haknyeon Keluar Dari THE BOYZ

Agensi telah mengumumkan keluaran Ju Hak-nyeon dari kumpulan THE BOYZ.

Terbaru pada 18 Jun, agensi One Hundred mengumumkan bahawa selepas perbincangan yang mencukupi dengan ahli THE BOYZ, mereka telah memutuskan untuk menamatkan kontrak dengan Ju Hak-nyeon.

Menurut agensi dalam satu kenyataan,

Selepas menerima maklumat bahawa Ju Hak-nyeon terlibat dalam isu peribadi baru-baru ini, kami segera mengambil langkah untuk menangguhkan semua aktivitinya.

Kami sedar bahawa sudah menjadi sukar untuk mengekalkan kepercayaan kami kepadanya sebagai seorang artis. Disebabkan ini, selepas perbincangan yang mencukupi dengan ahli THE BOYZ, kami telah memutuskan bahawa Ju Hak-nyeon akan menarik diri daripada kumpulan itu dan kontrak eksklusifnya akan ditamatkan.

ju haknyeon

Untuk pengetahuan, pada Mei yang lalu, Ju Hak-nyeon telah ‘ditangkap’ beraksi mesra dengan bekas bintang porno Jepun di Tokyo. Namun, tiada pengesahan lagi mengenai hubungan mereka.

Mungkin ini yang terbaik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...