Ikuti Kami:

Berbunga! Episod Akhir ‘Outrun By Running Man’ Papar ‘Kemesraan’ Kim Jongkook & Song Jihyo

Berbunga! Episod Akhir ‘Outrun By Running Man’ Papar ‘Kemesraan’ Kim Jongkook & Song Jihyo

Sedar tak sedar, “Outrun By Running Man” di bawah tayangan Disney+ bakal tamat tak lama lagi.

Untuk episod terakhirnya yang bakal ditayangkan pada 2 Februari ini, penonton bakal disajikan dengan kemesraan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo nanti.

Dalam tayangan terakhir itu, Haha akan menggalas tugas sebagai pengarah di mana dia bertanggungjawab menghasilkan sebuah muzik video yang dibintangi Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.

outrun by running man

Daripada beberapa foto yang diberikan, peminat ‘Spartace’ pastinya akan dapat melihat pelbagai babak berbunga di antara kedua mereka.

Untuk pengetahuan, rancangan ‘spin-off’ yang dipanggil “Outrun By Running Man” dihoskan oleh tiga ahli asal “Running Man” iaitu Ji Suk-jin, Haha dan Kim Jong-kook di mana mereka akan menjemput tetamu berlainan pada setiap minggu dan mencuba pelbagai permainan baru.

Sama-sama kita nantikan tayangan episod akhir itu nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...