Ikuti Kami:

Berbunga Bahagia! Lengkapi Hari Valentine Dengan Pelbagai K-Drama Di Disney+ Hotstar

Berbunga Bahagia! Lengkapi Hari Valentine Dengan Pelbagai K-Drama Di Disney+ Hotstar

Sudah ada rancangan belum untuk menyambut Hari Valentine ini?

Kalau belum, apa kata anda serbu Disney+ Hotstar bagi menyaksikan pelbagai K-Drama menarik. Tak kisah genre aksi, romantik mahupun thriller, semuanya ada di sini!

Rookie Cops

disney+ rookie cops

 

Ia membawa kisah sekumpulan anak muda yang menelusuri kesukaran yang dilalui di Universiti Polis Kebangsaan Korea.

Snowdrop

disney+ snowdrop

Ia membawa kisah pasangan yang cuba mencari ketenangan pada satu sama lain meskipun dihadapkan dengan pelbagai halangan. Berlatarbelakangkan tahun 1980-an di Korea, drama ini merangkumi kisah romantik, saspens dan komedi.

Strong Girl Do Bongsoon

disney+ strong girl do bongsoon

Mahukan aksi dan pengembaraan tapi penat asyik disajikan dengan hero lelaki? Nampaknya “Strong Girl Do Bongsoon” merupakan pilihan terbaik buat anda. Saksikan adiwira wanita ini menjadi pengawal keselamatan seorang CEO syarikat permainan dan menyelesaikan jenayah ke atas wanita serta dalam masa yang sama mencapai impiannya.

The World Of The Married

disney+ the world of the married

Untuk sesuatu yang berisiko dan ketegangan tinggi, “The World Of The Married” ialah drama mendebarkan dan tidak boleh dilepaskan. Tiada apa yang lebih menakutkan selain kemarahan wanita dan Ji Sun-woo membuktikannya apabila dia mendapat tahu keluarganya tidak sempurna disangka. Lihat bagaimana dia menelusuri fikiran yang gelap semasa menyelongkar kecurangan suami sendiri.

Be Melodramatic

disney+ be melodramatic

Tiada yang lebih menyentuh hati melainkan kawan yang ada bersama ketika kita berada dalam kesusahan. Valentine ini, “Be Melodramatic” mungkin akan menyatukan anda dan rakan-rakan di mana ia membawa kisah komedi romantik mengenai tiga wanita yang menyokong satu sama lain meskipun berada di jalan yang berbeza.

Flower Crew: Joseon Marriage Agency

disney+ flower crew

Bangaun secara tiba-tiba sebagai keluarga diraja mungkin merupakan sesuatu yang menjadi impian rama, namun apabila Lee Soo mencuba segala yang mungkin apabila dia mendapat tahu bahawa agak mustahil untuk mengahwini cinta pertamanya. Di sini hadir kru Flower, sekumpulan lelaki berbakat yang mampu mengubah seorang orang biasa kepada raja.

Semua yang single mahupun yang sudah ada pasangan boleh menikmati kesemua K-Drama ini! Dengan syarat anda melanggan Disney+ Hotstar, senang sahaja kan?

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...