Ikuti Kami:

Berbeza Dengan Layanan Pada Yoona, Han Sohee Kena ‘Pulau’ Oleh Media Barat Di Festival Cannes?

Berbeza Dengan Layanan Pada Yoona, Han Sohee Kena ‘Pulau’ Oleh Media Barat Di Festival Cannes?

Baru-baru ini, Han So-hee dan Yoon-a GIRLS’ GENERATION telah dijemput ke Festival Filem Cannes 2024 yang didakan di Paris, Perancis.

Namun ketika di acara karpet merah, netizen perasaan layanan berbeza oleh media Barat kepada Han So-hee dan juga Yoon-a. Khususnya, Getty Images iaitu salah satu sumber terbesar untuk gambar selebriti di acara berprestij telah menyiarkan 6 gambar Yoon-a dari pelbagai sudut di laman utama mereka.

Bagaimanapun, hanya 2 foto Han So-hee yang dimuat naik di laman berkenaan iaitu gambarnya dari pandangan belakang. Tambahan, penampilannya juga hanya dikongsi oleh media China dan Korea dan bukannya dari laman rasmi Cannes.

han sohee yoona

Dengan ini, timbulnya spekulasi bahawa Han So-hee telah ‘dipulaukan’ di acara tersebut ataupun media di sana telah terlepas pandang kehadiran pelakon wanita itu.

Kesian Han So-hee..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...