Dah la cantik, baik pula tu!
Baru-baru ini, seorang staf produksi yang terlibat dalam drama “Light Shop” telah mendedahkan personaliti sebenar Park Bo-young di komuniti atas talian.
Katanya,
Selepas saya bekerja di industri, saya jadi takut untuk minat mana-mana artis. Ianya kerana penampilan yang mereka tunjuk dalam TV sangat berbeza dengan penampilan sebenar mereka.
Jadi, masa Park Bo-young diumumkan akan muncul dalam ‘Light Shop’, saya cuba untuk tenangkan hati saya sebab saya takut yang saya akan kecewa.
Tambahnya,
Tapi, selepas bekerja dengan dia, saya mula sedar yang Park Bo-young seorang yang tak akan cakap perkara mengarut meskipun berada dalam situasi yang menjengkelkan. Dia sangat menghargai orang disekelilingnya dan personaliti dia sangat menakjubkan.
Sambungnya lagi,
Dia sangat baik dan penyayang terhadap pasukan produksi. Malah, dia juga pernah datang peluk saya dan ajak untuk bergambar bersama.
Sementara itu, drama “Light Shop” yang dibintangi oleh Park Bo-young dan Joo Ji-hoon telah dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun ini.
Patut la ramai sayang Park Bo-young kan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.