Ikuti Kami:

“Berbeza Dari..” – Dah 33 Tahun, Kim Goeun Dedah Sebab Tak Boleh Berkahwin

“Berbeza Dari..” – Dah 33 Tahun, Kim Goeun Dedah Sebab Tak Boleh Berkahwin

Terbaru, Kim Go-eun telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tayangan filem barunya “Love in the Big City”.

Untuk pengetahuan, “Love in the Big City” akan mengikuti watak Kim Go-eun dan Noh Sang-hyun, yang jatuh cinta satu sama lain dan akhirnya berpindah untuk tinggal bersama.

Ketika sesi temu bual, Kim Go-eun menyatakan sebab dia bersetuju untuk terajui filem tersebut. Jawabnya,

Selepas terima skrip, saya terus membacanya dengan cepat. Selepas itu, saya terlibat dengan ‘Little Women’ dan ‘Exhuma’. Tetapi masa itu, saya berharap projek ini akan jadi kenyataan.

filem love in the big city

Selain itu, wanita tersebut turut mengulas tentang adegan perkahwinan di penghujung filem. Jelasnya,

Ini kali pertama saya benar-benar pakai gaun pengantin tetapi saya rasa saya tak boleh berkahwin? Ia berbeza dari pakaian untuk karpet merah. Korset itu sangat tidak selesa.

Sementara itu, “Love in the Big City” akan menemui penonton di pawagam pada 2 Oktober nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...