Utama Rancangan Hiburan “Berbaloi Bayar Pelajaran Dia” – Netizen Kagum Lihat Anak Haha Petah Berbahasa...

“Berbaloi Bayar Pelajaran Dia” – Netizen Kagum Lihat Anak Haha Petah Berbahasa Inggeris

haha bus

Mempunyai telatah tersendiri, pasti ramai yang seronok lihat Haha bersama anak-anaknya.

Terbaru dalam program “Haha Bus”, Haha bersama isteri dan anak-anaknya sedang dalam perjalanan menuju ke suatu tempat dengan menaiki bas.

Sebelum bergerak, Haha perasan ada seorang lelaki warga asing di luar dan terus menawar untuk menumpangkannya.

Menarik perhatian, anak sulung Haha iaitu Ha Dream dilihat petah berborak dalam bahasa Inggeris bersama lelaki itu dan dengan mesra menjawab soalan yang ditanya.

Terkejut melihat kebolehan anak mereka berbahasa Inggeris, Haha berkata,

Coolnya Dream.

Respon Byul,

Kita buat pilihan yang baik untuk laburkan duit. Terasa berbaloi membayar pelajaran buatnya kini.

Memang bijak pandai ni anak Haha!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERYouTube
Loading...