Menjelang episod akhir, drama MBC, “Spring of Youth” masih gagal keluar daripada cengkaman rating serendah 0%.
Disiarkan pertama kali pada 6 Jun lalu, drama slot Rabu ini tidak pernah mencapai rating melebihi 1%. Episod pertamanya mencatat rating tertinggi sebanyak 1.4%, namun menjunam ke 0.7% pada episod kedua. Sejak itu, drama berkenaan terus kekal di bawah paras 1%, menurut data Nielsen Korea.
Drama ini mengisahkan tentang Sa-gye, seorang bintang kumpulan band K-pop paling popular, yang disingkirkan dari kumpulan dan memulakan kehidupan kampus dengan pelbagai liku. Di situ, dia bertemu dengan Kim Bom yang mengubah hidupnya dan mencetuskan kebangkitan semula kariernya dalam kisah romantik muzik remaja ini. Walaupun dibarisi pelakon muda seperti Ha Yoon-jin, Park Ji-hoo dan Lee Seung-hyub, drama ini yang berteraskan kehidupan idol K-pop nyata sukar menarik perhatian penonton dari semua peringkat umur.
View this post on Instagram
Episod terakhir “Spring of Youth” dijadualkan bersiaran pada 2 Julai. Dalam keadaan rating yang hambar, tumpuan kini terarah kepada sama ada drama ini mampu menutup tirainya dengan baik atau tidak.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.