Ikuti Kami:

Berbakat Dalam Pelbagai Bidang, Ini Senarai Penyanyi Korea Berjaya Jadi CEO Di Syarikat Sendiri

Berbakat Dalam Pelbagai Bidang, Ini Senarai Penyanyi Korea Berjaya Jadi CEO Di Syarikat Sendiri

Nampaknya, setelah beberapa tahun menjadi selebriti yang terkenal, sesetengah dari mereka mengambil keputusan untuk membuka syarikat sendiri.

Kalau korang nak tahu, ada beberapa selebriti Korea yang telah berjaya membuka syarikat mereka sendiri.

Jom, KimchiDaily kongsikan senarai bintang idola K-Pop yang telah menjadi CEO untuk syarikat mereka sendiri.

1. Zico

zico

Korang ingat tak kumpulan Block B? Ha, Zico ini merupakan salah seorang ahli dari kumpulan tersebut. Tetapi, ketua kumpulan Block B ini telah meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2018.

Selepas dia keluar dari kumpulan tersebut, rapper ini memulakan kerjayanya dengan membuka sebuah agensi bernama KOZ Entertainment.

Untuk maklumat, KOZ Entertainment ialah sebuah syarikat hiburan yang diasaskan oleh penerbit dan artis Zico sendiri pada November 2018. Kini, KOZ Entertainment berada di bawah jagaan Hybe Label. Antara artis yang berada dibawah naungan KOZ Entertainment ini adalah DVWM dan FANXY CHILD.

2. PSY

psy

Seterusnya, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Gangnam Style” iaitu PSY juga telah membuka agensinya yang tersendiri dikenali sebagai P NATION.

Untuk maklumat korang, PSY dahulunya merupakan seorang artis di bawah naungan YG Entertainment selama 8 tahun. Selepas kontraknya tamat bersama YG Entertainment, dia membuka agensinya sendiri.

Sebaik sahaja dia membuka agensi P NATION, penyanyi itu turut berkata bahawa dia cuba untuk mencipta satu taman permainan buat artis bermain dengan penuh bersemangat dan tidak sabar untuk melihat kegemilangan P NATION.

Antara selebriti yang berada dibawah naungan P NATION adalah, Crush, Heize, Penomeco, Swings dan TNX.

3. Rain

rain

Kepada korang yang mengikuti zaman K-Pop pada tahun 2000 mesti akan kenal Rain kan? Rain ini terkenal dengan lagunya “Rainism”.

Untuk pengetahuan korang, Rain telah membuka sebuah agensi yang diberi nama R.A.I.N Company pada tahun 2016. Dia juga telah menandatangi kontrak sebagai artis dibawah syarikatnya sendiri. Kini, agensinya mempunyai bintang idola K-Pop iaitu kumpulan CIIPHER.

4. Kang Daniel

kang daniel

Bintang idola seterusnya adalah Kang Daniel. Seperti yang kita tahu, penyanyi ini merupakan bekas ahli kumpulan Wanna One.

Selepas dia keluar dari agensinya iaitu LM Entertainment, dia telah membuka sebuah agensi sendiri bernama Konnect Entertainment pada 2019.

Kalau korang nak tahu, artis K-Pop yang berada dibawah agensi Konnect Entertainment adalah CL, Yuju dan Chancellor.

5. Lay EXO

lay exo

Kepada yang merindui Lay EXO, korang tahu tak sebenarnya Lay ada studio peribadinya sendiri di China.

Sebenarnya, SM Entertainment telah menubuhkan studio peribadi untuk Lay pada tahun 2014 yang dikenali sebagai Zhang Yixing Studio untuk mengendalikan aktivitinya di China.

Kemudian pada Oktober 2020, bintang idola itu telah menubuhkan syarikatnya sendiri yang dikenali sebagai Chromosome Entertainment Group. Ianya sama seperti SM Entertainment, syarikat itu menerima pelatih dan berkemungkinan akan memulakan kerjaya sebagai artis di China. Salah seorang pelatih di bawah agensi itu adalah, Wang Zi-hao.

6. Hyolyn

hyolyn

Kalau sebut je lagu “Shake It”, korang mesti teringat kumpulan SISTAR kan. Walaupun kumpulan ini telah lama dibubarkan tetapi pasti ramai yang tidak tahu sebenarnya Hyolyn iaitu salah seorang ahli tersebut, telah membuka sebuah syarikatnya sendiri.

Pada tahun 2017, selepas keluar dari Starship Entertainment, Hyolyn telah membuka label muziknya sendiri yang dikenali sebagai Bridge.

Kemudian dia menjelaskan bahawa pembukaan labelnya itu bertujuan untuk membantu pemuzik untuk berkarya. Sedikit info, buat masa sekarang ini, tiada lagi artis yang bernaung dibawah Bridge lagi.

7. Ravi

ravi vixx

Korang ingat tak kumpulan VIXX yang popular dengan lagu mereka iaitu “Chained Up”? Ha, salah seorang dari ahli kumpulan tersebut iaitu Ravi telah menubuhkan syarikatnya sendiri.

Pada tahun 2019, Ravi telah menubuhkan label hip-hopnya sendiri yang dikenali sebagai Groovl1n. Kemudian, rapper ini menubuhkan sebuah lagi agensi yang memberi fokus kepada pemuzik yang berbakat dalam pelbagai genre dikenali sebagai THE L1VE pada tahun 2021.

Untuk pengtahuan korang, agensi Groovl1n mempunyai 4 selebriti K-Pop iaitu Nafla, JUSTHIS, Xydo dan PrimeKingz. Manakala THE L1VE pula mempunyai seorang sahaja artis iaitu Wheein.

Ada bagusnya juga kan mereka menubuhkan agensi sendiri. Jadi, tak sia-sialah ilmu yang mereka dapat sewaktu menjadi pelatih dulu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...