Utama Celebrity News Saman Ditarik, Kim Yonggun Daftar Nama Bayi Dikandung Kekasih Muda 39 Tahun...

Saman Ditarik, Kim Yonggun Daftar Nama Bayi Dikandung Kekasih Muda 39 Tahun Sebagai Miliknya

kim yonggun

Nampknya konflik di antara Kim Yong-gun dan kekasih mudanya sudah pun sampai ke penghujungnya.

Terbaru, pelakon veteran itu dikatakan telah bertemu dengan ‘A’ untuk berbincang. Malah Kim Yong-gun menyedari kesilapannya dan memohon maaf,

Pada ketika itu, saya tidak mengambil kira perasaan ‘A’ dan hanya melihat dari perspektif saya. Lantas, saya telah menyebabkan dia terluka. Saya memohon maaf atas kata-kata kasar dan tindakan saya.

Menurut peguam ‘A’, wanita itu tidak mahukan apa-apa namun perkataan yang menyenangkan sahaja. Selepas meluahkan perasaan masing-masing, mereka berjaya meleraikan salah faham yang melanda.

kim yonggun

Menurut Dispatch, Kim Yong-gun membuat keputusan untuk mendaftarkan nama bayi itu di bawahnya. Malah dia akan memberikan sokongan terbaik buat ‘A’ sepanjang dia mengandung sehinggalah anak itu dilahirkan nanti.

Kami juga akan menarik kembali saman berkenaan dan dia akan memberi fokus untuk membesarkan anaknya.

Akhirnya, berita gembira untuk pasangan itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInsight
Loading...