Semua pastinya ingin mengetahui bagaimana ingin mendapatkan badan langsing seperti Han So-hee kan?
BACA: Muat Naik Foto Ketika Mabuk, Peminat Luah Rasa Risau Buat Han Sohee
Terbaru, sebuah entri di laman komuniti Korea berjudul ‘Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Han So-hee’ telah tular. Dalam posting itu, terdapat kepilan foto wanita itu bersembang mengenai makanan kegemarannya.
Jawabnya,
Ramen. Saya sukakan ramen tapi sudah 100 hari saya tak menjamahnya. Berat saya naik apabila memakannya.. Hari bahagia telah berakhir. Saya dah berhenti makan ramen.
Komen netizen,
Tapi awak dapat lihat Han So-hee ada menjamah ramen dalam gambar terbarunya.
Han So-hee mesti sangat sukakan ramen.
Mesti susah untuk pelakon wanita berhenti makan makanan kegemaran mereka.
Saya tak boleh berhenti makan karbohidrat.
Ianya bukan sebab berhenti makan ramen, ianya kerana anda perlu lupakannya.
Mustahil.
Min tak mampu..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉