Ikuti Kami:

“Berat Hati Saya..” – Pakai Topi Kontroversi, Jungkook BTS Mohon Maaf

“Berat Hati Saya..” – Pakai Topi Kontroversi, Jungkook BTS Mohon Maaf

Jungkook BTS telah memohon maaf kerana memakai topi kontroversi semasa sesi latihan untuk konsert encore rakan j-hope.

Pada 13 Jun, Jungkook membuat kemunculan mengejut di malam pertama konsert “‘HOPE ON THE STAGE’ FINAL” j-hope yang berlangsung di Goyang Sports Complex. Semasa sesi latihan sebelum persembahan, Jungkook dilihat memakai topi yang tertera frasa “MAKE TOKYO GREAT AGAIN”.

Frasa tersebut sepertinya diinspirasikan daripada slogan politik “Make America Great Again” yang dipopularkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencetuskan kontroversi kerana sejarah imperialisme Jepun dan ketegangan masa lalu dengan Korea, yang pernah dijajah Jepun sehingga tahun 1945.

Pada awal pagi ini, Jungkook memuat naik permohonan maaf di Weverse dan memaklumkan bahawa topi tersebut telah “dibuang serta-merta”.

jungkook

Kenyataan penuh Jungkook adalah seperti berikut:

Hello, ini Jungkook.

Saya menulis mesej ini dengan hati yang berat selepas bertemu semua buat kali pertama dalam tempoh yang lama.
Saya memohon maaf dengan setulus hati atas rasa kecewa dan tidak selesa yang saya timbulkan kepada ramai orang akibat frasa yang tertera pada topi yang saya pakai semasa sesi latihan hari ini.

Hakikat bahawa saya mengecewakan dan melukai ramai pihak disebabkan kekhilafan saya,  memakai topi itu tanpa memahami makna sejarah dan politik di sebalik frasa tersebut, saya ambil dengan sangat serius.

Saya hanya boleh menyatakan rasa kesal mendalam. Tiada alasan yang boleh membenarkan tindakan saya, tidak kira apa sebabnya. Saya telah cuai dan kurang peka. Mulai sekarang, saya akan lebih berhati-hati dan berfikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan sebarang tindakan.

Saya akan menerima segala kritikan dan teguran dengan rendah hati atas kesilapan ini. Topi itu telah dibuang serta-merta. Sekali lagi, saya mohon maaf.

Tak apa, semoga ianya jadi pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...