Ikuti Kami:

“Berat Badan Saya 60KG”- Gu Hyesun Dedah Berat Badannya Pernah Naik Mendadak

“Berat Badan Saya 60KG”- Gu Hyesun Dedah Berat Badannya Pernah Naik Mendadak

Sebagai seorang selebriti, Gu Hye-sun pastinya mementingkan penampilannya dengan menjaga berat badan.

Baru-baru ini, pelakon Gu Hye-sun telah muncul dalam satu rancangan bertajuk “Radio Star” sebagai tetamu.

Kemudian, pelakon itu ada berkongsi bahawa berat badannya telah meningkat naik sejak akhir-akhir ini. Jelasnya,

Sebenarnya, berat badan saya naik secara mendadak. Disebabkan saya nak datang ke sini jadi, saya cuba untuk mengubah angka depan berat badan saya.

Selepas Gu Hye-sun mendedahkan kisah berat badannya, Kim Gu-ra mengagumi pelakon tersebut dengan berkata,

Tak sangka awak berjaya menurunkan angka depan dari 6 kepada 5.

gu hyesun

Tambahan pula, Lee Kwang-ki turut berkata,

Sekarang, ianya menjadi 4 daripada 5.

Bagi menjawab respon dari Lee Kwang-ki, Gu Hye-sun juga membalas dan membuatkan Kim Gu-ra tergesa meminta maaf,

Memang benar, tapi sekarang ianya sudah turun dari 5 menjadi 4.

Apabila ditanya soalan kepada pelakon itu tentang berapa banyak yang biasa dia akan makan, Gu Hye-sun beri respon,

Saya secara konsisten ikut waktu makan, jadi apabila saya berumur 20-an, saya makan terlalu banyak sehingga saya boleh makan satu periuk nasi dalam sehari. Kalau saya pergi ke sekolah, saya akan membungkus makanan tengah hari bersama kimchi sebab saya sangat suka nasi.

gu hyesun

Dia akui sekali lagi,

Saya pernah terfikir yang saya mempunyai matlamat untuk tidak menambah berat badan lagi, tetapi saya sebenarnya naik sehingga 60kg.

Ulas Kim Gu-ra,

Mungkin sebab awak jaga badan, dah nampak seperti imej dalam drama ‘Boys Over Flower’  iaitu Geum Jan-di dahulu. 

Sementara itu, pengacara rancangan itu sempat mengusik usik Gu Hye-sun,

Bila dah sebut pasal Geum Jan-di, baru lah dia tertawa.

Takpe Gu Hye-sun tetap nampak cantik selalu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...