Ikuti Kami:

Berakhir Bahagia, Episod Akhir ‘Undercover’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Berakhir Bahagia, Episod Akhir ‘Undercover’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Tamat sudah drama “Undercover” selepas 16 episod bersiaran.

Sinopsis

“Undercover” membawa kisah mengenai Han Jung-hyun (Ji Jin-hee) yang sudah sekian lama menyorokkan identiti sebenarnya dan Choi Yeon-soo (Kim Hyun-joo) iaitu seorang peguam hak manusia yang menjadi ketua pertama bagi Kakitangan Awam Senior di Unit Siasatan Penyelewengan.

jtbc undercover

Berakhir sempurna

[Amaran SPOILER]

Meskipun melalui pelbagai halangan, namun pasangan Han Jung-hyun dan Choi Yeon-soo menemui bahagia apabila berada bersama. Malah kebahagiaan mereka semakin utuh apabila ditemani oleh dua orang anak keduanya.

Padat dengan babak aksi dan memilukan namun “Undercover” turut mampu menyelitkan babak menyejukkan hati dek tema kekeluargaan itu.

jtbc undercover

Rating tinggi di akhir tayangan

Walaupun hanya mampu meraih rating dalam lingkungan 3% ke 4% sahaja sepanjang tayangannya, namun drama ini mencipta rekod peribadinya semasa tayangan episod akhir apabila ianya meraih rating sebanyak 5.2%. Di mana ia merupakan rating tertinggi yang pernah dicatatkan oleh drama tersebut.

Bagaimana dengan korang, puas tak tonton drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...