Ramai yang seronok selepas Lisa mengeluarkan solo pertama di bawah agensinys sendiri, LLOUD.
Dengan lagu berjudul “Rockstar”, ramai yang memuji seni koreografi yang dipaparkan selain sinematografi yang mengujakan. Pun begitu, ada segelintir yang meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penulisan lirik yang amatur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen jugak tidak menyalahkan pihak produksi muzik video atau cara Lisa menampilkan dirinya dalam lagu itu, tetapi ramai tidak memahami kenapa mereka mengulangi liriknya banyak kali.
Saya suka Lisa tapi penat dengar ‘Lisa can you teach me Japanese’ sebanyak 4 kali dalam satu minit.
Malah Lisa dilihat merupakan salah seorang penulis lirik untuk lagu berkenaan lantas ada yang meminta wanita itu supaya mengasah dahulu kemahiran menulisnya sebelum mencacah lirik secara rasmi.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.