Belum lagi ditayangkan, namun “Squid Game 2” sudah pun berdepan dengan kontroversi.
Baru-bari ini satu teaser telah diriliskan untuk drama ini, di mana terdapat muka baru termasuk T.O.P, Jo Yu-ri, Im Si-wan, dan pelakon veteran Song Young-chang. Namun, penampilan Song Young-chang telah mencetuskan kontroversi mengenai sabitan jenayah seksualnya pada masa lalu.
Pada September 2000, pelakon veteran itu telah dihukum atas kesalahan melanggan pelacuran bawah umur. Khabarnya, dia membayar 150USD (RM656) untuk mengadakan hubungan seksual dua kali dengan gadis berusia 16 tahun di dalam kereta. Mahkamah kemudian mendapati bahawa dia bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan tertangguh dengan dua tahun tempoh percubaan.
Pelakon itu hanya menjalani hukuman sebulan di penjara sebelum dibebaskan dengan percubaan. Selepas dibebaskan, dia berpindah ke Kanada bersama keluarganya dengan alasan “belajar bahasa Inggeris.” Kerjaya lakonannya diteruskan di Kanada, di mana dia muncul dalam beberapa muzikal.
Reputasi Song kekal tercemar sebagai individu pertama dalam industri hiburan Korea yang disabitkan kesalahan pelacuran bawah umur. Dia diharamkan daripada saluran penyiaran utama seperti KBS, MBC, dan EBS. Namun, selepas kembali ke Korea, Song telah muncul dalam pelbagai K-Drama dan filem dalam peranan sampingan, menjadikannya wajah yang dikenali dalam kalangan penonton setia.
Ish ish..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.