Ikuti Kami:

Belum Tamat Latihan Tentera, Do Kyungsoo EXO Sah Bakal Terajui Filem Sci-Fi ‘The Moon’ Dengan Seol Kyunggu

Belum Tamat Latihan Tentera, Do Kyungsoo EXO Sah Bakal Terajui Filem Sci-Fi ‘The Moon’ Dengan Seol Kyunggu

Belum lagi tamat berkhidmat sebagai tentera, D.O (nama sebenar Do Kyung-soo) iaitu ahli kumpulan EXO dikhabarkan bakal berlakon dalam sebuah filem baru nanti.

Bakal memulakan penggambaran pada tahun 2021, “The Moon” ialah sebuah filem fiksyen sains mengenai dua lelaki yang terdesak – seorang dek terdampar di angkasa lepas kerana satu kemalangan manakala seorang lagi yang cuba sedaya upaya membantu membawanya kembali ke Bumi.

Pelakon veteran iaitu Seol Kyung-gu akan membawa watak sebagai lelaki yang pekerja di pusat pemerhati dan merupakan seseorang yang sunyi dan tanpa sengaja telah berhubung dengan seorang lelaki yang terdampar di angkasa lepas. Secara tak langsung, Do Kyung-soo akan membawa watak lelaki yang terperangkap di bulan itu.

filem the moon

Bahkan agensi naungan idola merangkap pelakon itu iaitu SM Entertainemnt turut mengesahkan berita tersebut,

Memang benar Do Kyung-soo akan muncul dalam filem ‘The Moon’ hasil arahan Kim Yong-hwa.

Lagi gempak kerana filem sci-fi ini akan diarahkan oleh pengarah Kim Yong-hwa yang juga merupakan pelopor disebalik filem fantasi hebat iaitu rangkaian “Along With The Gods”. Nampak gayanya, Do Kyung-soo akan bertemu kembali dengan pengarah tersebut dalam filem terbaru ini.

Belum tamat latihan ketenteraan lagi, Do Kyung-soo dah berjaya dapat tawaran filem baru. Memang hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...