Ikuti Kami:

Belum Setahun Debut, Jinni Undur Diri Dari NMIXX

Belum Setahun Debut, Jinni Undur Diri Dari NMIXX

Tidak disangka-sangka apabila NMIXX sudah mengalami rintangan walaupun baru debut pada tahun ini.

Terbaru, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Jinni bakal mengundurkan diri dari kumpulan itu. Tulisnya,

Hello, ini ialah JYP Entertainment.

Jinni, yang merupakan ahli NMIXX sehingga kini akan meninggalkan kumpulan kerana masalah peribadi dan konstrak eksklusif bersamanya telah dibatalkan.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan peminat risau dek berita mengejutkan ini.

nmixx

Jelasnya lagi,

Disebabkan itu, kami ingin memberitahu bahawa NMIXX akan menjalani aktiviti mereka sebagai kumpulan dengan 6 ahli.

Kami meminta anda memberikan sokongan pada buat Jinni yang akan melalui jalan baru selain berharap agar NSWER (peminat NMIXX) untuk menyokong 6 ahli lain di mana mereka akan membesar dan mengejar impian yang diimpikan.

Terima kasih.

Untuk pengetahuan, NMIXX debut dengan 7 ahli pada Februari tahun ini.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...