Ikuti Kami:

Belum Bubar, BRAVE GIRLS Akan Kembali Dengan Nama Kumpulan Baru

Belum Bubar, BRAVE GIRLS Akan Kembali Dengan Nama Kumpulan Baru

Ada berita gembira buat peminat BRAVE GIRLS!

Sebelum ini, kumpulan 4 ahli iaitu BRAVE GIRLS telah dibubarkan, selepas kontrak eksklusif mereka tamat dengan agensi Brave Entertainment.

Kemudian pada April lalu, keempat-empat ahli BRAVE GIRLS iaitu Min-young, Yu-jeong, Eun-ji dan Yu-na telah menandatangi kontrak eksklusif baru bersama Warner Music Korea dan mereka akan bekerjasama untuk melakukan kemunculan semula dan pelbagai promosi.

Terbaru pada 3 Mei, Warner Music Korea telah mengesahkan bahawa BRAVE GIRLS akan kembali menemui peminat dengan nama kumpulan baru,

BRAVE GIRLS akan menukar nama kumpulan mereka kepada BB GIRLS.

brave girls

Untuk pengetahuan, pertukaran nama kumpulan tidak dapat dielakkan kerana nama ‘BRAVE GIRLS’ dimiliki oleh bekas agensi iaitu Brave Entertainment.

Wah, BB GIRLS!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...